Aibkan Bekas Pasangan Di Media Sosial Selepas Bercerai? Anda Mungkin Dikenakan Tindakan Defamation Act



Aibkan Bekas Pasangan Di Media Sosial Selepas Bercerai? Anda Mungkin Dikenakan Tindakan Defamation Act 

Anda telah bercerai? Merasa tidak berpuashati dengan tingkahlaku dan tindakan bekas pasangan anda? Maka anda melampiaskan rasa amarah dan dendam terhadap bekas pasangan anda dimana-mana laman sosial untuk memuaskan hati anda dan mungkin anda ingin jadikan pengalaman anda sebagai pengajaran bagi orang lain.

Tetapi, pernahkah anda terfikir apa yang anda coretkan di laman sosial media atau socmed akan memberikan kesan undang-undang terhadap diri anda? 

Mungkin anda tidak pernah terfikir ianya akan terjadi. Ini adalah kerana anda merasakan anda mempunyai HAK MUTLAK untuk menulis apa sahaja yang anda rasakan benar dan dapat memberi kepuasan terhadap diri anda di laman media sosial anda.  Benar, laman sosial media anda adalah hak peribadi anda dan anda bebas untuk menulis apa sahaja yang ada dalam fikiran anda. 





Sudah menjadi trend apabila sesebuah perkahwinan berdepan dengan pelbagai konflik rumahtangga, bergaduh atau tidak puas hati, bersilsih faham lebih-lebih lagi pasangan yang telah bercerai atau dalam proses untuk bercerai samada bekas isteri atau bekas suami, maka terlahirlah status-status, kenyataan-kenyataan yang mengutuk, mencela pasangan masing-masing samada di FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM dan sebagainya. 

Adakah ada berasa puas apabila dapat membongkarkan segala keburukkan bekas pasangan anda di dada media sosial? Mungkin anda merasakan ianya satu kepuasan apabila dalam menulis dan meluahkan rasa marah yang adakalanya diikuti dengan rasa dendam terhadap bekas pasangan anda. 


Tetapi tahukah anda, sekiranya bekas pasangan anda membaca kenyataan anda di media sosial dan merasakan diri mereka telah di AIBKAN, anda mungkin boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah DEFAMATION ACT ataupun dikenali sebagai AKTA FITNAH 1957.

Bagaimanakah tindakan undang-undang DEFAMATION ACT atau AKTA FITNAH 1957 ini BERKEMUNGKINAN boleh dikenakan terhadap anda?

Apa sahaja tindakan 'menyebarkan' dan 'menyampaikan' perkara yang memalukan dan berbentuk fitnah kepada pihak lain dengan niat untuk memalukan dan menjatuhkan reputasi seseorang, ianya dipanggil 'defamation' (defamasi).


Saudara saudari sekalian, janganlah mudah untuk menyebarkan aib pasangan anda selepas bercerai. Tidak kira samada di laman sosial facebook, group whatsapp atau mesej, berhati-hatilah dalam menceritakan keburukan pihak ketiga.




Mungkin anda tidak berniat untuk memalukan atau mengaibkan, mungkin anda ingin berkongsi pengalaman bersama rakan group lain, tetapi, ianya boleh memudaratkan anda. Berhati-hatilah. Berfikir sebelum bertindak.



Terima kasih kerana membaca artikel ini. Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen dan menjadi pembaca setia dengan >>klik disini<< untuk follow.

No comments

Powered by Blogger.