MAIS Sedia Bantuan Guaman Syarie & Nasihat Perundangan Syariah




MAIS Sedia Bantuan Guaman Syarie & Nasihat Perundangan Syariah | Berita baik buat masyarakat Islam yang bermastautin di Negeri Selangor. Kini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyediakan Khidmat Bantuan Guaman Syarie bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat Guaman Syarie bagi kes melibatkan Mahkamah Syariah.





A.   KHIDMAT BANTUAN GUAMAN SYARIE

1.   Orang Awam 

(a)   Permohonan melalui MAIS

Jenis Kes yang diberikan khidmat bantuan guaman:
  1. Tuntutan pengesahan lafaz cerai
  2. Permohonan pengesahan ruju’
  3. Tuntutan penceraian
  4. Tuntutan fasakh’
  5. Tuntutan pengesahan cerai takliq
  6. Tuntutan khuluk/tebus talaq
  7. Tuntutan sabitan nusyuz
  8. Permohonan wali hakim/am
  9. Permohonan wali enggan/engkar
  10. Permohonan faraq nikah
  11. Pengesahan nikah
  12. Permohonan pengesahantarafan anak
  13. Permohonan/ tuntutan kebenaran poligami (bagi defendan sahaja)

Syarat-syarat kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin dalam Negeri Selangor
  3. Memperolehi pendapatan kasar tidak melebihi RM1,500.00 sebulan
  4. Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
  5. Lulus temuduga penilaian kewajaran kes


(b)   Permohonan melalui Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri   Selangor (‘SBSK, JAKESS”)

Jenis kes yang diberikan khidmat bantuan guaman:
  1. Kes pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah anak sahaja;
Syarat-syarat kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin dalam Negeri Selangor
  3. Mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan
  4. Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
  5. Mendapat sokongan daripada SBSK, JAKESS
  6. Lulus temuduga penilaian kewajaran kes


 2.   Muallaf
Jenis kes yang diberikan khidmat bantuan guaman:
  1. Permohonan perisytiharan pembubaran perkahwinan sebab pertukaran agama
  2. Semua kes kekuluargaan di Mahkamah Syariah
Syarat-syarat kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin dalan Negeri Selangor
  3. idak melebihi tempoh 5 tahun dari tarikh pemelukan dari tarikh pemelukan Islam (kecuali kes pembubaran perkahwinan)
  4. Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
  5. Lulus temuduga penilaian kewajaran kes


B.    KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN SYARIAH KEPADA MASYARAKAT ISLAM DI NEGERI SELANGOR

Untuk muat turun Borang A dan Senarai Semak boleh klik pautan dibawah.




Untuk Keterangan Lanjut sila hubungi; 
UNIT SYARIAH, BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 6, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-5514 3643
FAX: 03-5512 7202




No comments

Powered by Blogger.