Bisnes Tahun 2022, Jangan Pandang Mudah! Bahang kenaikan harga barangan keperluan harian semakin terasa semenjak Ogos 2021 lagi! Tahun 2022 jangan fikir bisnes semudah yang disangka! Tidak mudah yaa tuan-tuan.




Mendengar rintihan para peniaga yang semakin sukar untuk meneruskan perniagaan, Mentor Usahawan tersohor, Datuk Wira Dr Azizan Osman pengasas Richworks International Sdn Bhd akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022.


Anda dijemput untuk menyertai perkongsian khas ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, setiap Ahad sepanjang Februari bermula 13/02/2022 jam 8 pagi. Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang. Ianya PERCUMA!





Kenali Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Richworks

Richworks banyak memberi sumbangan kepada masyarakat dalam memperkasakan industri perniagaan menerusi pelbagai bimbingan dan latihan keusahawanan kepada peniaga-peniaga di Malayisa. 


Ditubuhkan pada 2008, Richworks telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan. 



Perkongsian dari Dr Azizan


Dimana-mana platform media sosial, ranchakkkk memperkatakan tentang isu kenaikan harga barangan keperluan harian, perkongsian dari Dr Azizan ini amat penting untuk usahawan ambil kesah tentang isu ini:  “Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini”. 


Dilihat kenaikan harga barangan sekitar 30% hingga lebih 100% itu amat tinggi dan sudah tentulah ianya tidak boleh ditampung oleh peniaga-peniaga kecil untuk berdepan dengan cabaran perniagaan tahun 2022 ini.


Sudah pastinya, peniaga-peniaga kecil-kecilan ini tersepit untuk meletakkan harga pada barangan yang dijual. Umpama "diluah mati emak, ditelan mati bapa". Jika harga dinaikkan, kuasa belian akan menjadi kecil, bagaimana pula untuk mendapat untung dari jualan sedangkan balik modalpun belum tentu.







Pertemuan bersama dengan kumpulan pemilik syarikat perniagaan Cina


Dr Azizan berpeluang bertemu dan berbincang dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina. Mereka menyatakan bahawa memang banyak “syarikat sedang tutup atau dah lingkup”. Peniaga-peniaga ini adalah peniaga yang mempunyai kilang di China, mereka juga sudah tidak nampak lagi jalan yang perlu dibuat disamping tidak pandai soal pemasaran.


Sedangkan pemilik perniagaan Cina yang mempunyai kilang di China pun boleh "lingkup" apatahlagi nasib peniaga-peniaga kecil ini? Inilah peluang untuk kalian merubah minda dan tindakan dalam terus berjuang mengekal kehadiran anda dalam bisnes tahun 2022 ini!



Jika anda kekal usaha seperti biasa, anda akan mati!


Menurut Dr Azizan, beliau juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah.  Apabila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, “apa bisnes yang bagus ketika ini?” Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! 


Ya! Sekiranya mereka tidak memulakan langkah dan memilih jalan yang betul, pasti perniagaan mereka juga akan turut mati! Beliau juga menyatakan bahawa hal ini terjadi kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Jika kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Begitulah sukarnya untuk sesebuah perniagaan kecil-kecilan untuk terus hidup dalam keadaan harga serba serbi naik.  Oleh itu, ambillah peluang ini untuk anda menjadi peniaga yang luar biasa dan terus kekal didalam perniagaan yang anda ceburi.





Richworks bangunkan Titanium untuk bantu usahawan


Dr. Azizan mengmbil inisiatif untuk membangunkan program mentoring Titanium untuk membimbing usahawan-usahawan untuk terus berkembang. Anda harus bersyukur kerana dengan bimbingan ini anda akan dibimbing sebagai Titan untuk terus berkembang dan mengekalkan momentum.


“Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi”.


“Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan”.


Bersama dengan Dr. Azizan pada Ahad ini dan setiap Ahad sepanjang Februari 2022, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. Pelbagai tips dan nasihat yang dapat membantu usahawan semua!





Pendapat peribadi penulis

Yaa! Bisnes Tahun 2022, Jangan Pandang Mudah! Tidak mudah untuk berhadapan dengan tahun 2022 ini. Banyak perniagaan gulung tikar ekoran dari kesan pendamik Covid-19 yang berlaku dalam 2 tahun ini. Ramai yang hilang pekerjaan, kuasa belian berkurangan, “demand” terhadap pembelian juga mengecil. 


Semenjak Ogos 2021, kita menyaksikan pula kenaikan harga barangan keperluan asas juga melambung disebabkan kenaikan kos bahan mentah terhadap satu-satu produk. Terlur juga naik harga, sekiranya anda seorang penjual kek dan kukis, bagaimana untuk anda meneruskan perniagaan ini jika anda masih melakukan usaha yang sama 2 tahun dulu? Fikirkan!!