Lembaga Zakat Selangor Terima RM600 Ribu Zakat Perniagaan Dari McDonald's Malaysia | pada 28 Mac 2022 yang lalu, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM600 ratus ribu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh kakitangan McDonald’s Malaysia, LZS dan juga kumpulan media.

 

Pada majlis ini, pembayaran bagi tahun 2022 ini merupakan jumlah tertinggi yang telah dibayar kepada LZS semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat perniagaan  enam tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.



Majlis pembayaran zakat perniagaan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, yang menyaksikan sumbangan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia diserahkan oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia, kepada Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor. 

“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald’s Malaysia, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang zakat sebanyak RM600 ribu bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya, khususnya golongan yang terjejas akibat banjir di daerah Banting, Selangor,” - Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia.



Lafaz Ijab Bagi Penyerahan Zakat Perniagaan telah disempurnakan oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia dan Lafaz Qabul Bagi Penerimaan Zakat telah diterima oleh Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, YBhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor


Setakat tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. McDonald’s Malaysia juga merupakan antara pembayar zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor. 

“LZS amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada syarikat korporat di luar sana seperti McDonald’s Malaysia demi menyantuni kelangsungan asnaf di Selangor. Lebih-lebih lagi jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin dijangka meningkat kesan daripada situasi ekonomi sekarang. Ini bermakna keperluan agihan zakat juga akan turut meningkat seiring dengan pertambahan asnaf di Selangor,” - Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor.

 

50 Keluarga Terjejas Banjir Terima Sumbangan Wakalah Dari McDonald’s Malaysia 


Selain daripada bayaran zakat, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada 50 buah keluarga terpilih yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas. 

“Sumbangan banjir ini dapat memberikan sinar harapan dan dapat meringankan beban keluarga yang terjejas banjir menjelang ramadhan tidak lama lagi” - Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia.






Lionhorn Pte. Ltd. Ambil Alih McDonald’s Malaysia

Pada 1 Disember 2016, McDonald’s Malaysia telah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi. Dengan pengambilalihan ini, syarikat khidmat segera itu kini dimiliki oleh pemegang saham atau pelabur yang majoritinya terdiri daripada umat Islam. 

Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference. 


Perkhidmatan McDonald’s Malaysia Untuk Masyarakat Malaysia

 

1. Memberi peluang pekerjaan

 

McDonald’s adalah rangkaian global makanan khidmat segera melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 15,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan kerjaya, latihan dan pembangunan


 

2. Hidangan yang disajikan halal toyyiban

 

McDonald’s Malaysia berpegang teguh kepada prinsip halal dengan memastikan setiap proses operasi dan setiap hidangan yang disajikan menepati syarat dan tuntutan yang ditetapkan oleh Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia demi menyempurnakan amanah pelanggan untuk memastikan hidangan yang disajikan halal dan berkualiti.


 

3. Peluang melanjutkan pembelajaran

 

Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini merupakan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia berdasarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah diperkenalkan Kementerian. Sebaik sahaja belia-belia ini tamat latihan, mereka dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia, dan seterusnya layak mengembangkan lagi kerjaya mereka di McDonald’s atau dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini. Program Perantis Vokasional McDonald’s ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh McDonald’s bagi membantu masyarakat keluar dari kepompong kemiskinan.

 

Syabas dan tahniah McDonald’s Malaysia di atas usaha murni dalam memberikan perkhidmatan terbaik bagi masyarakat Malaysia! Seharusnya usaha murni ini menjadi contoh kepada syarikat-syarikat korporat diluar sana untuk sama-sama membantu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Malaysia.

 

“We Love to See You Smile” - McDonald’s