About



Blog www.dakwatpena.com adalah sebuah blog peribadi dengan perkongsian penulis berkisar tentang isu-isu dan prosidur mahkamah syaraiah untuk pengetahuan dan ilmu. Kita sememangnya tahu ramai diluar sana tidak faham tentang prosidur mahkamah malah sekiranya berlaku permasaalahan dalam rumahtangga, ramai yang buntu untuk mengambil jalan yang mana dalam menyelesaikan kemelut rumahtangga.



Hai Assalammualaikum semua. Terima kasih kepada semua pembaca  Blog Dakwat Pena.  Semakin hari semakin meningkat bilangan pembaca blog ini. 

Melalui blog ini, dapatlah Zayn kongsikan maklumat-maklumat tentang prosidur Mahkamah Syariah di Malaysia bersama pembaca sekalian. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita. Yang baik dijadikan tauladan, yang kurang elok kita jadikan sempadan.

Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk mewujudkan blog tentang undang-undang ini adalah bermula apabila arwah suami seorang bekas peguam syarie dan juga seorang bekas hakim mahkamah tinggi syariah. Memandangkan arwah suami berkecimpung dalam bidang undang-undang lebih dari 20 tahun, terfikir untuk Zayn wujudkan blog ini sebagai perkongsian ilmu.

Terima kasih diucapkan kepada keluarga, mak, suami, anak dan adik beradik yang selalu memberi sokongan untuk menulis pelbagai topik didalam blog ini. 

Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang sering memberikan semangat dan membantu sepanjang berblogging ini. Dan terima kasih kepada semua PEMBACA blog www.dakwatpena.com yang sudi singgah di blog ini. Diharap anda semua mendapat manfaat dan ilmu dari pembacaan ini. 



Alfatehah buat syurgaku;

Surah 1 Al-Fatihah, Ayat 1-7
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ ﴿1:1﴾ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ‏ ﴿1:2﴾ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ‏ ﴿1:3﴾ مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ‏ ﴿1:4﴾ اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ‏ ﴿1:5﴾ اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ‏ ﴿1:6﴾ صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ ۙ‏ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡنَ‏ ﴿1:7﴾



Terima Kasih kerana mengkuti Blog ini. Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen dan menjadi pembaca setia dengan >>klik disini<< untuk follow.

No comments

Powered by Blogger.