Panduan Bayaran Ar-Rahnu Secara Online i-Rakyat | semenjak artikel berkenaan Celik Ar-Rahnu - Pajak Gadai-i Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Panduan Bayaran Upah Simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat diterbitkan, banyak pertanyaan Bonda terima berkenaan cara membuat bayaran samaada bayaran upah simpan ataupun bayaran pembiayaan atau 'financing' tersebut. 

Kali ini, Bonda kongsikan Panduan Bayaran Ar-Rahnu Secara Online i-Rakyat. Perkara paling penting adalah anda wajib membuka Akaun Semasa atau Current Account untuk membolehkah anda mengekses kesemua akaun pembiayaan anda.



Setelah anda mempunyai akaun i-Rakyat, anda boleh log in seperti akaun-akaun ada yang lain. Berapa fee untuk buka akaun semasa ni? Paling mudah adalah, semasa anda menggadaikan emas di ar-rahnu, anda buka terus akaun semasa berkenaan. Seingat Bonda tidak perlu 'introducer' seperti akaun semasa di bank-bank lain.

Log in Id dan password.



Pilih Account Info


Pilih Account Overview.


Paparan maklumat current account


Dibahagian bawah ada disenaraikan kesemua akaun Ar-Rahnu anda. Disini anda akan dapat melihat jumlah pembiayaan dan baki hutang anda kepada Bank Rakyat.

Klik di nombor akaun Ar-Rahnu atau Pay Now. 


Paparan Pay Financing akan dipaparkan. Pilih From Account. Disini anda akan dapat melihat Financing balance bagi akaun yang anda hendak buat bayaran.

Klik dropdown menu, pilih akaun pembiayaan Ar-rahnu yang ingin anda buat bayaran.

Isikan jumlah bayaran i) bayaran upah simpan, 2) bayaran pembiayaan pokok. Sekiranya anda ingin membuat bayaran penuh dan berhasrat untuk menebus gadaian anda, anda hanya perlu membuat bayaran penuh pada akaun yang dipilih.



Paparan akan menunjukkan Jumlah Pembiayaan dan juga baki hutang akaun Ar-Rahnu anda. Anda boleh menyemak penyata bayaran di transaction history.





Contoh surat gadaian