Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Terima RM180,000 Zakat Korporat 2022 Dari McDonald's Malaysia | Pada 17 Mei 2022 yang lalu, Penyerahan Zakat Korporat McDonald’s Malaysia @ Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM180,000 bagi tahun 2022 dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh kakitangan McDonald’s Malaysia, Zakat Melaka - MAIM, kakitangan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, dan juga pihak media.
Majlis ini disempurnakan oleh En. Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia dengan menyerahkan mock cek bernilai RM180,000.00 kepada YBhg. Datuk Haji Ibrahim bin Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka sebagai simbolik pembayaran zakat berkenaan. Turut hadir di majlis ini adalah Pn. Shakina binti Mohd Said, Ketua Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Melaka dan Pn. Arina Saffura binti Alim, Ketua Seksyen Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Melaka.
Pemberian duit raya kepada anak-anak yatim Kompleks
Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah
Objektif majlis penyerahan zakat ini diadakan untuk menandakan komitmen McDonald’s Malaysia dalam memenuhi tanggungjawabnya untuk membayar zakat korporat tahunan sebagai sebuah syarikat milik pelabur Islam. Disamping itu, McDonald’s Malaysia adalah sebuah organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib keluarga asnaf dan golongan yatim piatu.
Terima kasih dan tahniah kepada McDonald’s Malaysia kerana menjalankan tanggungjawab membayar zakat dalam memperkasakan ummah.
0 Comments